The Scout.org website uses "cookies", both internal and from third parties. Cookies are small text files placed on your end user device and help us to distinguish you from other users, to enhance your experience on scout.org. If you continue, we'll assume that you are happy to receive cookies on our website. You can change your browser's cookie settings at any time. To find out more about how we use cookies and how to manage your browser settings read our Cookies Policy.

Project

Malaysia Perak 26th International Scouts Jamboree 2014

4th May 2014

BERITA JAMBORI

Jemputan menyertai Jambori Antarabangsa Perak (PIJ 2014)

Acara : Perak International Jamboree 2014
Lokasi : Teluk batik, Perak, Malaysia
Tarikh : 24-30 November 2014

TEMA

Tema Jambori ialah: ' Apresiasi Pelancongan Dan Kebudayaan'

MATLAMAT JAMBORI

Perhimpunan pengakap ini mampu mengeratkan hubungan silahturahim antara peserta serta bertukar-tukar ide kepengakapan berhubung dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa jambori.

OBJEKTIF:

1. Meningkatkan disiplin, kesopanan, sikap kerjasama, kerjasama berharmoni dan bertanggungjawab dikalangan mereka.

2. Berjumpa dan berpeluang bermesra serta berkenalan dengan pengakap dari dalam dan luar negeri/negara.

3. Peserta dapat mempelajari dan mengetahui serta memperolehi pengetahuan ketika mereka menyediakan tapak / kawasan perkhemahan dan lain-laian aktiviti semasa berkhemah.

4. Peserta-peserta dapat membanding dan mengetahui prestasi diri masing-masing dengan lencana-lencana Kemajuan dan Kepandaian yang mereka dimiliki.

5. Segala aktiviti yang dijalankan dapat membantu peserta mengetahui kebolehan, kecekapan dan kemahiran serta kemampuan mereka semasa menjalankan atau menyediakan projek.

6. Dari segi persembahan pula Malam Pengakap / Kebudayaan dapat memberi peluang kepada mereka menunjukkan bakat atau minat mereka seperti tarian, lakonan, seni suara dan sebagainya.

7. Peserta Jambori berpeluang mengenali destinasi pelancongan yang menarik dan budaya Negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak 2014 melalui aktiviti lawatan berfokus yang diatur sepanjang jambori
berlangsung.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Peserta-peserta terdiri daripada Pengakap Muda, Remaja yang telah membaharui Pendaftaran Keahlian bagi tahun 2014.

1. Penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Pengakap Daerah / Negeri / Negara.

3. Jawatankuasa Pengelola Jambori Pengakap Antarabangsa Negeri Perak Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab sekiranya sebarang kemalangan berlaku semasa Jambori dan ianya adalah tanggungjawab Ketua Kontinjen Negeri / Negara tersebut.

4. Peserta yang hadir digalakkan mempunyai Insuran Perlindungan secara individu atau kumpulan. Insuran bagi semua Jawatakuasa dan kakitangan Jambori akan diuruskan oleh urusetia.

--> http://www.jamboriperak.net/ <--